SALAM PERKENALAN BERSAMA MELALEUCA

Misi kami adalah untuk "Mempertingkat kehidupan dengan membantu orang ramai mencapai matlamat mereka. Matlamat tersebut berbeza antara satu sama lain tetapi selalunya mereka memerlukan sumber tambahan sama ada masa, wang atau kesihatan untuk mencapainya. Di sinilah MELALEUCA boleh membantu. Setiap bulan ratusan Eksekutif Pemasaran Melalueca mendapat cek dengan memperkenalkan beberapa orang rakan dan memperolehi habuan setiap bulan bagi menampung perbelanjaan harian.

Ayuh bertindaklah sekarang melindungi keluarga dari menggunakan bahan harian yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Bertukarlah kepada produk MELALEUCA yang lebih selamat, lebih jimat, dan lebih duit poket setiap bulan TANPA menambah kos setiap bulan.

Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda dalam memulakan perniagaan bersama MELALEUCA.

Mengenali Melaleuca

Mengenali Melaleuca

Wednesday, May 26, 2010

Pencuci Benzil Sulfonat Berantai Bercabang

Sabun dari segi sejarah dicipta oleh orang-orang Rom kira-kira 3500 tahun yang lalu. Sejarah menunjukkan bahawa orang-orang Rom membuat sabun dari tradisi memanggang kambing pada upacara keagamaan. Lemak yang terhasil dari proses panggang tersebut akan bercampur dengan bahan berbes yang terdapat dalam abu kayu api untuk menghasilkan sabun atau dikenali sebagai sapo pada masa itu. Perkembangan selanjutnya melalui permintaan sabun yang meningkat dan kuasa pencucian yang tinggi menyebabkan pencuci sintetik yang dihasilkan dari petroleum digunakan untuk menghasilkan sabun. Di antara bahan pencuci yang dihasilkan ialah pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate - BAS) yang mana penggunaannya di Malaysia telah diharamkan baru-baru ini.

Bagaimana pencuci bertindak mengeluarkan kotoran?

Bahan kotoran dicuci melalui perlarutan kotoran dengan air. Sesetengah kotoran yang degil (seperti kotoran berminyak) memerlukan bahan pencuci yang membantu percampuran bahan kotoran dengan air. Oleh itu, molekul pencuci akan terdiri daripada bahagian yang terlarut dalam bahan berminyak dan bahagian yang terlarut dalam air.

Kotoran berminyak ini dikelilingi dan diikat oleh molekul-molekul pencuci untuk membentuk misel-misel kecil yang kemudian akan dikelilingi pula oleh air. Dengan cara ini kotoran ini akan dapat dikeluarkan. Rajah 1 di bawah menunjukkan bagaimana kotoran di keluarkan oleh bahan pencuci pada kulit.

Bagaimana pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan?


Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Satu kajian menunjukkan pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak yang terdapat pada kulit. Lapisan lelemak ini penting kerana ia menghalang bahan-bahan toksik dari masuki tubuh. Apabila lapisan lelemak ini berkurangan, maka molekul pencuci sintetik akan bertindak pula pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel memandangkan keupayaannya memusnahkan protin. Rajah 2 menunjukkan bagaimana pencuci sintetik merosakkan kulit. Selain daripada itu terdapat laporan yang menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan boleh mengalami kerosakan yang serius.

Apakah kesan tak langsung pencuci sintetik ke atas manusia?

Sejumlah 5.9 juta pembelian serbuk pencuci kain dilaporkan di Malaysia setiap tahun. Dari rekod pembelian ini, tidak kurang 6 juta liter bahan pencuci sintetik akan dilepaskan ke sungai-sungai. Disebabkan pencuci sintetik seperti BAS sukar dilupuskan dalam alam sekitar, maka pengumpulan bahan tersebut akan berlaku. Pencuci sintetik didapati boleh membunuh kehidupan akuatik pada kepekatan yang kecil di samping menyebabkan pencemaran alam sekitar. Menurut satu penyelidikan, pendedahan selama 6 jam sahaja sudah cukup untuk membunuh 70% hidupan akuatik (lihat Rajah 3). Kemusnahan sepenuhnya kehidupan akuatik akan menjejaskan ekosistem lain yang bergantung kepadanya sebagai sumber makanan.

Selain dari itu pencuci sintetik juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel. Sekiranya ini terjadi maka kemungkinan sel-sel mutan ini berkembang dengan cepat untuk menghasilkan kanser. Atas kesedaran inilah, maka kerajaan mengambil keputusan untuk mengharamkan bahan pencuci sintetik yang tidak mudah lupus dalam alam sekitar dan menukarnya kepada bahan pencuci yang mudah terurai.

Mengenalpasti pencuci sintetik

Perhatikan dengan teliti pada label kotak pencuci untuk mengelak daripada menggunakan pencuci sintetik. Selain daripada BAS bahan-bahan tambahan lain yang terkandung dalam pencuci tersebut antaranya:-

* Fluorescent: Tujuannya ialah untuk memutihkan pakaian supaya kelihatan bersih.
* Fosfat merupakan pemukal yang biasa dimasukkan kedalam pencuci sintetik sebagai agen menanggalkan kotoran. Ia dipercayai penyebab utama pencemaran air dan mempercepatkan pertumbuhan alga. Namun begitu penggunaannya telahpun diharamkan dan sebagai gantinya, zeolite pula digunakan.
* Silika dicampurkan ke dalam kebanyakan pencuci sintetik dengan tujuan untuk melembutkan air dan ini akan meningkatkan keupayaan mencuci.
* Garam beralkali juga biasa dicampurkan, antaranya; natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.

Kebanyakan pencuci di pasaran sekarang tidak melabelkan kandungan bahan pencuci dan ini menyukarkan kita untuk memastikan sama ada pencuci tersebut sabun asli atau pencuci sintetik. Di sini terdapat satu ujian mudah untuk mengenalpastikan pencuci tersebut . Sediakan satu bekas lutsinar atau pun gelas, cuka (asid asitik) dan air.

1. Campurkan sedikit sabun pencuci ke dalam bekas yang mengandungi air.
2. Biarkan sehingga sabun pencuci larut buat seketika.
3. Kemudian campurkan sedikit cuka dan perhatikan apa yang berlaku.
4. Hasil dari ujian ini, didapati jika pencuci itu adalah:
* sabun asli, tiada buih dan air menjadi keruh,
* pencuci sintetik, berbuih dan air kelihatan jernih,
* campuran pencuci sintetik dan sabun, berbuih dan air menjadi keruh.


Walau bagaimanapun dengan membuat ujian ini kita tidak dapat mengetahui kandungan surfaktan yang terdapat dalam pencuci tersebut.

Penggantian sabun sintetik kepada sabun asli

Ancaman pencuci sintetik terhadap pencemaran alam sekitar dan kesihatan telah pun terbukti. Penggunaan sabun asli yang dihasilkan daripada lemak semulajadi haiwan atau pun tumbuhan contohnya minyak kelapa sawit adalah selamat. Sabun asli dihasilkan daripada proses kimia yang mudah. Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan iaitu prosessaponikasi dan peneutralan. Proses saponikasi melibatkan tindakbalas antara lemak haiwan atau tumbuhan dengan natrium atau kalium hidroksida di mana sabun dan gliserin akan dihasilkan. Manakala proses peneutralan pula tindakbalas antara asid lemak yang diperolehi daripada hidrolisis lemak yang dineutralkan dengan natrium atau kalium hidroksida untuk membentuk sabun. Natrium hidroksida menghasilkan sabun biasa, iaitu sabun soda, manakala kalium hidroksida menghasilkan sabun kalium. Kedua-dua sabun berikut berupaya terurai dalam alam sekitar dan mudah diuraikan oleh mikroorganisme dalam jangkamasa yang singkat. Oleh itu ekosistem hidupan akuatik tidak akan terganggu.

Memandangkan sabun asli mudah terurai dan dapat dilupuskan dalam alam sekitar, penggunaannya harus digalakkan. Masyarakat harus sedar dan prihatin tentang keburukan pencuci sintetik ke atas kesihatan dan alam sekitar. Industri pembuatan sabun asli juga perlu dipertingkat dan diperkembangkan lagi dalam usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar.

No comments:

Post a Comment