SALAM PERKENALAN BERSAMA MELALEUCA

Misi kami adalah untuk "Mempertingkat kehidupan dengan membantu orang ramai mencapai matlamat mereka. Matlamat tersebut berbeza antara satu sama lain tetapi selalunya mereka memerlukan sumber tambahan sama ada masa, wang atau kesihatan untuk mencapainya. Di sinilah MELALEUCA boleh membantu. Setiap bulan ratusan Eksekutif Pemasaran Melalueca mendapat cek dengan memperkenalkan beberapa orang rakan dan memperolehi habuan setiap bulan bagi menampung perbelanjaan harian.

Ayuh bertindaklah sekarang melindungi keluarga dari menggunakan bahan harian yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Bertukarlah kepada produk MELALEUCA yang lebih selamat, lebih jimat, dan lebih duit poket setiap bulan TANPA menambah kos setiap bulan.

Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda dalam memulakan perniagaan bersama MELALEUCA.

Mengenali Melaleuca

Mengenali Melaleuca

Wednesday, May 26, 2010

APAKAH BAHAN YANG BERACUN DI SEKITAR KITA?

Apa sahaja bahan yang anda makan, hidu atau sentuh yang menyebabkan penyakit atau maut boleh dianggap RACUN.
Kita tahu ada banyak jenis racun seperti plumbum dan arsenik. Tetapi ramai di antara kita tidak sedar bahawa kita boleh mengalami keracunan akibat penggunaan bahan-bahan seharian. Ini termasuk ubat-ubatan.
Di rumah kita terdapat banyak bahan-bahan yang boleh menjadi racun. Ketahuilah bahan-bahan ini dan lindungilah diri dan keluarga kita daripada bahaya akibat keracunan.
Kanak-kanak terutamanya sering terdedah kepada sediaan kimia di rumah. Antara bahan-bahan tersebut:

Amonia Bahan pencuci tandas
Sediaan pencucian kereta Pembunuh serangga
Peluntur Rokok dan tembakau
Kamfor Pewangi
Serbuk pencuci Disinfektan
Serbuk pencuci pinggan Pencuci longkang
Penggilap perabut Baja-baja tumbuhan
Minyak petrol Pewarna rambut
Bateri butang Bahan pemetik api
Ubat-ubatan Simen
Ubat gegat Pengilap kuku
Pencuci pengilap kuku Bahan pencuci dapor
Turpentin Zat besi

Ramai kanak-kanak mati akibat tertelan bahan-bahan beracun. Untuk melindungi anak-anak anda, ambil langkah-langkah pencegahan berikut:

* Simpan semua bahan beracun jauh daripada kanak-kanak.
* Jangan sekali-kali simpan minyak tanah, minyak petrol atau lain-lain bahan beracun dalam botol minuman kerana kanak-kanak mungkin akan cuba meminumnya.

No comments:

Post a Comment