SALAM PERKENALAN BERSAMA MELALEUCA

Misi kami adalah untuk "Mempertingkat kehidupan dengan membantu orang ramai mencapai matlamat mereka. Matlamat tersebut berbeza antara satu sama lain tetapi selalunya mereka memerlukan sumber tambahan sama ada masa, wang atau kesihatan untuk mencapainya. Di sinilah MELALEUCA boleh membantu. Setiap bulan ratusan Eksekutif Pemasaran Melalueca mendapat cek dengan memperkenalkan beberapa orang rakan dan memperolehi habuan setiap bulan bagi menampung perbelanjaan harian.

Ayuh bertindaklah sekarang melindungi keluarga dari menggunakan bahan harian yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Bertukarlah kepada produk MELALEUCA yang lebih selamat, lebih jimat, dan lebih duit poket setiap bulan TANPA menambah kos setiap bulan.

Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda dalam memulakan perniagaan bersama MELALEUCA.

Mengenali Melaleuca

Mengenali Melaleuca

Thursday, May 27, 2010

Apa istimewa produk melaleuca

1. Sistem pembelian

Anda tak perlu memandu , mengharungi kesesakan jalanraya,
membayar parking, menghantar produk , menyimpan stok, menerima tempahan

hanya perlu klik di website dan terima produk di depan pintu rumah anda

2. Selamat

Produk cucian dan kosmetik yang kita beli sebenarnya mempunyai bahan kimia yang merbahaya (rujuk panduan pengguna CAP).
Lebih baik kesan cucian bermakna lebih bahaya/kuat bahan kimia yang diguna

Melaleuca adalah satu-satunya syarikat yang menpunyai rangkaian yang dijamin keselamatannya..bahan cuciannya dan kosmetiknya dirumus khas dari herba semulajadi. Anda tidak perlu risau bila anak kecil kesayangan anda tersentuh atau tertelannya.

Tahukah anda mengikut kajian telah menunjukkan wanita yang memakai gincu setiap hari akan tertelan secara terkumpul 3 hingga 3.5 kg gincu. Ianya merupakan salah satu punca wanita mudah terkena kanser



3. 5 kaedah yang menyebabkan sistem melaleuca pasti berjaya

a. Ahli dilarang menjual... bila tiada orang menjual ..pengguna tak ada cara lain melainkan membeli pada melaleuca....

dan ahli tidak lagi boleh main harga semata-mata utk kejar pangkat

b. Melaleuca menghadkan pembelian item hanya cukup sekadar penggunaan utk satu bulan. Ini bermakna tiada orang yang menyimpan stok berlebihan..maka kena la beli pada melaleuca

c. Pembelian secara Auto /backup order melalui Debit Kad...kita hanya perlu klik dan barang sampai...jika terlupa pun barang akan sampai dgn menggunakan pakej standard yg ditetapkan

d. Produk melaleuca diberi 60 hari Jaminan Wang dikembalikan 100% menyebabkan tak lagi keraguan untuk membeli produk melaleuca

e. Semua produk cucian dan kosmetik melaleuca ialah rumusan herba semulajadi yang selamat..malah ianya satu-satu pilihan dipasaran..jadi kat mana lagi nak beli produk yang selamat selain dari melaleuca

Wednesday, May 26, 2010

MELALEUCA: Mengapa perlu bertukar ke MELALEUCA?

MELALEUCA: Mengapa perlu bertukar ke MELALEUCA?

KETAHUILAH TENTANG PENYAKIT BARAH/KANSER

Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNA menyebabkan mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain. Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan tumor ("bengkak" dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak normal sama ada malignant (barah) atau benign (bukan barah). Hanya tumor malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing.

Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.

Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.

Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.

Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.

APAKAH BAHAN YANG BERACUN DI SEKITAR KITA?

Apa sahaja bahan yang anda makan, hidu atau sentuh yang menyebabkan penyakit atau maut boleh dianggap RACUN.
Kita tahu ada banyak jenis racun seperti plumbum dan arsenik. Tetapi ramai di antara kita tidak sedar bahawa kita boleh mengalami keracunan akibat penggunaan bahan-bahan seharian. Ini termasuk ubat-ubatan.
Di rumah kita terdapat banyak bahan-bahan yang boleh menjadi racun. Ketahuilah bahan-bahan ini dan lindungilah diri dan keluarga kita daripada bahaya akibat keracunan.
Kanak-kanak terutamanya sering terdedah kepada sediaan kimia di rumah. Antara bahan-bahan tersebut:

Amonia Bahan pencuci tandas
Sediaan pencucian kereta Pembunuh serangga
Peluntur Rokok dan tembakau
Kamfor Pewangi
Serbuk pencuci Disinfektan
Serbuk pencuci pinggan Pencuci longkang
Penggilap perabut Baja-baja tumbuhan
Minyak petrol Pewarna rambut
Bateri butang Bahan pemetik api
Ubat-ubatan Simen
Ubat gegat Pengilap kuku
Pencuci pengilap kuku Bahan pencuci dapor
Turpentin Zat besi

Ramai kanak-kanak mati akibat tertelan bahan-bahan beracun. Untuk melindungi anak-anak anda, ambil langkah-langkah pencegahan berikut:

* Simpan semua bahan beracun jauh daripada kanak-kanak.
* Jangan sekali-kali simpan minyak tanah, minyak petrol atau lain-lain bahan beracun dalam botol minuman kerana kanak-kanak mungkin akan cuba meminumnya.

Pencuci Benzil Sulfonat Berantai Bercabang

Sabun dari segi sejarah dicipta oleh orang-orang Rom kira-kira 3500 tahun yang lalu. Sejarah menunjukkan bahawa orang-orang Rom membuat sabun dari tradisi memanggang kambing pada upacara keagamaan. Lemak yang terhasil dari proses panggang tersebut akan bercampur dengan bahan berbes yang terdapat dalam abu kayu api untuk menghasilkan sabun atau dikenali sebagai sapo pada masa itu. Perkembangan selanjutnya melalui permintaan sabun yang meningkat dan kuasa pencucian yang tinggi menyebabkan pencuci sintetik yang dihasilkan dari petroleum digunakan untuk menghasilkan sabun. Di antara bahan pencuci yang dihasilkan ialah pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate - BAS) yang mana penggunaannya di Malaysia telah diharamkan baru-baru ini.

Bagaimana pencuci bertindak mengeluarkan kotoran?

Bahan kotoran dicuci melalui perlarutan kotoran dengan air. Sesetengah kotoran yang degil (seperti kotoran berminyak) memerlukan bahan pencuci yang membantu percampuran bahan kotoran dengan air. Oleh itu, molekul pencuci akan terdiri daripada bahagian yang terlarut dalam bahan berminyak dan bahagian yang terlarut dalam air.

Kotoran berminyak ini dikelilingi dan diikat oleh molekul-molekul pencuci untuk membentuk misel-misel kecil yang kemudian akan dikelilingi pula oleh air. Dengan cara ini kotoran ini akan dapat dikeluarkan. Rajah 1 di bawah menunjukkan bagaimana kotoran di keluarkan oleh bahan pencuci pada kulit.

Bagaimana pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan?


Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Satu kajian menunjukkan pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak yang terdapat pada kulit. Lapisan lelemak ini penting kerana ia menghalang bahan-bahan toksik dari masuki tubuh. Apabila lapisan lelemak ini berkurangan, maka molekul pencuci sintetik akan bertindak pula pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel memandangkan keupayaannya memusnahkan protin. Rajah 2 menunjukkan bagaimana pencuci sintetik merosakkan kulit. Selain daripada itu terdapat laporan yang menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan boleh mengalami kerosakan yang serius.

Apakah kesan tak langsung pencuci sintetik ke atas manusia?

Sejumlah 5.9 juta pembelian serbuk pencuci kain dilaporkan di Malaysia setiap tahun. Dari rekod pembelian ini, tidak kurang 6 juta liter bahan pencuci sintetik akan dilepaskan ke sungai-sungai. Disebabkan pencuci sintetik seperti BAS sukar dilupuskan dalam alam sekitar, maka pengumpulan bahan tersebut akan berlaku. Pencuci sintetik didapati boleh membunuh kehidupan akuatik pada kepekatan yang kecil di samping menyebabkan pencemaran alam sekitar. Menurut satu penyelidikan, pendedahan selama 6 jam sahaja sudah cukup untuk membunuh 70% hidupan akuatik (lihat Rajah 3). Kemusnahan sepenuhnya kehidupan akuatik akan menjejaskan ekosistem lain yang bergantung kepadanya sebagai sumber makanan.

Selain dari itu pencuci sintetik juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel. Sekiranya ini terjadi maka kemungkinan sel-sel mutan ini berkembang dengan cepat untuk menghasilkan kanser. Atas kesedaran inilah, maka kerajaan mengambil keputusan untuk mengharamkan bahan pencuci sintetik yang tidak mudah lupus dalam alam sekitar dan menukarnya kepada bahan pencuci yang mudah terurai.

Mengenalpasti pencuci sintetik

Perhatikan dengan teliti pada label kotak pencuci untuk mengelak daripada menggunakan pencuci sintetik. Selain daripada BAS bahan-bahan tambahan lain yang terkandung dalam pencuci tersebut antaranya:-

* Fluorescent: Tujuannya ialah untuk memutihkan pakaian supaya kelihatan bersih.
* Fosfat merupakan pemukal yang biasa dimasukkan kedalam pencuci sintetik sebagai agen menanggalkan kotoran. Ia dipercayai penyebab utama pencemaran air dan mempercepatkan pertumbuhan alga. Namun begitu penggunaannya telahpun diharamkan dan sebagai gantinya, zeolite pula digunakan.
* Silika dicampurkan ke dalam kebanyakan pencuci sintetik dengan tujuan untuk melembutkan air dan ini akan meningkatkan keupayaan mencuci.
* Garam beralkali juga biasa dicampurkan, antaranya; natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.

Kebanyakan pencuci di pasaran sekarang tidak melabelkan kandungan bahan pencuci dan ini menyukarkan kita untuk memastikan sama ada pencuci tersebut sabun asli atau pencuci sintetik. Di sini terdapat satu ujian mudah untuk mengenalpastikan pencuci tersebut . Sediakan satu bekas lutsinar atau pun gelas, cuka (asid asitik) dan air.

1. Campurkan sedikit sabun pencuci ke dalam bekas yang mengandungi air.
2. Biarkan sehingga sabun pencuci larut buat seketika.
3. Kemudian campurkan sedikit cuka dan perhatikan apa yang berlaku.
4. Hasil dari ujian ini, didapati jika pencuci itu adalah:
* sabun asli, tiada buih dan air menjadi keruh,
* pencuci sintetik, berbuih dan air kelihatan jernih,
* campuran pencuci sintetik dan sabun, berbuih dan air menjadi keruh.


Walau bagaimanapun dengan membuat ujian ini kita tidak dapat mengetahui kandungan surfaktan yang terdapat dalam pencuci tersebut.

Penggantian sabun sintetik kepada sabun asli

Ancaman pencuci sintetik terhadap pencemaran alam sekitar dan kesihatan telah pun terbukti. Penggunaan sabun asli yang dihasilkan daripada lemak semulajadi haiwan atau pun tumbuhan contohnya minyak kelapa sawit adalah selamat. Sabun asli dihasilkan daripada proses kimia yang mudah. Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan iaitu prosessaponikasi dan peneutralan. Proses saponikasi melibatkan tindakbalas antara lemak haiwan atau tumbuhan dengan natrium atau kalium hidroksida di mana sabun dan gliserin akan dihasilkan. Manakala proses peneutralan pula tindakbalas antara asid lemak yang diperolehi daripada hidrolisis lemak yang dineutralkan dengan natrium atau kalium hidroksida untuk membentuk sabun. Natrium hidroksida menghasilkan sabun biasa, iaitu sabun soda, manakala kalium hidroksida menghasilkan sabun kalium. Kedua-dua sabun berikut berupaya terurai dalam alam sekitar dan mudah diuraikan oleh mikroorganisme dalam jangkamasa yang singkat. Oleh itu ekosistem hidupan akuatik tidak akan terganggu.

Memandangkan sabun asli mudah terurai dan dapat dilupuskan dalam alam sekitar, penggunaannya harus digalakkan. Masyarakat harus sedar dan prihatin tentang keburukan pencuci sintetik ke atas kesihatan dan alam sekitar. Industri pembuatan sabun asli juga perlu dipertingkat dan diperkembangkan lagi dalam usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar.

TAHUKAH ANDA?

This summary is not available. Please click here to view the post.

Lebih Selamat Lebih Jimat Lebih Mudah Kerja Lebih Baik Hasilnya